AKTIVITI


06-08 JUN 2017(SELASA-KHAMIS)
TAKLIMAT DAN BENGKEL VERIFIKASI PENARAFAN KECEMERLANGAN PPD PEKAN 2017
Masa: 8.15 pagi hingga 4.00 petang
Tempat:BILIK GERAKAN PPD PEKAN

Unit Akademik
5 JUN 2017
BENGKEL PENGUPAYAAN PEGAWAI PPD PEKAN 2017
Masa: 8.15 pagi hingga 4.00 petang
Tempat:Dewan Seminar,PPD Pekan

2 JUN 2017
MAJLIS PERMUAFAKATAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAERAH PEKAN
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Gerakan,Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Thursday, 4 May 2017

PEMBELAJARAN ABAD KE 21(PAK21)




Cara pendekatan dan rupa bentuk pendidikan sering dibincang dan banyak bahan-bahan pendidikan yang membicarakan mengenai pendidikan yang berkesan untuk pendidik masa kini dan masa hadapan. Pakar-pakar pendidikan sebulat suara bersetuju bawaha kaedah PdP perlu berubah mengikut perkembangan teknologi semasa seperti akses kepada internet yang laju dan perkembangan teknologi cyber. Pendekatan konvensional, chalk and talk” tidak lagi memberi kesan yang diharapkan kepada murid-murid dan sebaliknya memerlukan pendekatan yang lebih fleksibel dan dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang seiring dengan keperluan dan kehendak murid-murid abad ke-21.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Bahkan,perubahan dalam pendidikan sentiasa perlu seiring dengan perkembangan teknologi atau selangkah kehadapan. Pendidik harus peka dan sedia untuk menerima perubahan ini agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan ke aras yang lebih tinggi.





KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DITERAPKAN OLEH GURU ABAD KE-21






CRITICAL THINKING (Pemikiran Kritis)
Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut.

CREATIVE THINKING (Pemikiran Kreatif)  

Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. 


COLLABORATION (Kolaborasi)

Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh  beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu  bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan.


CHARACTER (Perwatakan)

Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi.

COMMUNICATION (Komunikasi)

Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan efektif.





Pembelajaran abad ke-21(PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM).Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya.Sebenarnya,PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1.Round Table
  • Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
  • Secara bergilir,murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
  • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
  • Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah.

2.Think-Pair-Share
  • Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
  • Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
  • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.


3.Hot Seat
  • Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian(secara individu atau kumpulan).
  • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
  • 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.


4.Deklemasi Sajak/Nyanyian
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
  • Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan   kesesuaian.
  • Murid membuat persembahan di hadapan kelas.


5.Pembentangan Hasil Sendiri
  • Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk  mempersembahkan  hasil dapatan.
  • Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat   pembentangan.

6.Role-Play
  • Murid diberi peranan dan watak.
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
  • Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.


7.Gallery Walk
  • Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
  • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
  • Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.


8.Three Stray,One Stay
  • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
  • Hasil kerja ditampal.
  • Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
  • Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil  kumpulan lain.


9.Peta i-Think
  • Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
  • Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.






No comments:

Post a Comment