AKTIVITI


06-08 JUN 2017(SELASA-KHAMIS)
TAKLIMAT DAN BENGKEL VERIFIKASI PENARAFAN KECEMERLANGAN PPD PEKAN 2017
Masa: 8.15 pagi hingga 4.00 petang
Tempat:BILIK GERAKAN PPD PEKAN

Unit Akademik
5 JUN 2017
BENGKEL PENGUPAYAAN PEGAWAI PPD PEKAN 2017
Masa: 8.15 pagi hingga 4.00 petang
Tempat:Dewan Seminar,PPD Pekan

2 JUN 2017
MAJLIS PERMUAFAKATAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAERAH PEKAN
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Gerakan,Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Kata Aluan PPD


Assalamualaikum,

Selawat dan salam ke atas Junjungan Rasulullah SAW dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat -Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web PPD Pekan. Tahniah dan syabas daripada pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web PPD Pekan kerana sentiasa berusaha untuk menambah baik laman web rasmi ini. Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian PPD yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara on-line telah mengubah gaya hidup generasi serta cara kerja agensi kerajaan.

Adalah menjadi harapan saya agar laman web PPD Pekan yang dibangunkan ini dikawal dan diselaras supaya integriti dan kecekapan dalam  pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui laman web ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh diakses dengan tepat dan cepat. Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak  laman ini akan dikemas kini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan kepada semua lapisan masyarakat.

Kepada warga pendidikan Pekan, marilah sama-sama kita layari laman web PPD Pekan untuk mendapat info terkini daripada PPD, JPNP dan KPM. Harapan saya semoga anda berpuas hati dengan paparan di laman web ini. Sekiranya tuan/puan mempunyai maklumat dan pandangan, salurkan kepada Pegawai UPMICT PPD PEKAN.


PEKAN nombor 1

DR HJ TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS.,SMP
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEKAN

No comments:

Post a Comment