PEJABAT PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


  1. Wakil Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat daerah;
  2. Memantau dan memastikan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusiaan dan kerohanian di peringkat daerah;
  3. Memantau dan memastikan program ikhtisas, bagi meningkatkan kecekapan staf;
  4. Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan tahunan bagi PPD dan sekolah-sekolah;
  5. Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran di sekolah-sekolah;
  6. Mengawal disiplin, tatatertib dan etika kerja penyelia, pengetua, guru besar, guru-guru dan kakitangan bukan guru;
  7. Mengurus, mentadbir perkhidmatan dan kebajikan pegawai-pegawai PPD, guru-guru dan staf bukan guru;
  8. Memberi pimpinan dan bimbingan ikhtisas kepada pegawai-pegawai PPD, pengetua/guru besar dan staf bukan guru;
  9. Memantau dan memastikan program untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi akademik di semua peringkat;
  10. Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah dan Panel Mata Pendidikan Daerah;
  11. Memantau dan memastikan program Sukan, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid di peringkat daerah;
  12. Memastikan pelaksanaan perkara-perkara mengenai hal ehwal murid/disiplin/moral supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPM/JPN.

No comments:

Post a Comment