AKTIVITI


06-08 JUN 2017(SELASA-KHAMIS)
TAKLIMAT DAN BENGKEL VERIFIKASI PENARAFAN KECEMERLANGAN PPD PEKAN 2017
Masa: 8.15 pagi hingga 4.00 petang
Tempat:BILIK GERAKAN PPD PEKAN

Unit Akademik
5 JUN 2017
BENGKEL PENGUPAYAAN PEGAWAI PPD PEKAN 2017
Masa: 8.15 pagi hingga 4.00 petang
Tempat:Dewan Seminar,PPD Pekan

2 JUN 2017
MAJLIS PERMUAFAKATAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAERAH PEKAN
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Gerakan,Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Piagam

Kami Warga PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PEKAN Dengan Penuh Tekad dan Iltizam Serta Berpegang Kepada Moto “BERSISTEM, MANTAP DAN HARMONI ” Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk;

  1. Memastikan semua kanak-kanak yang cukup  umur seperti yang ditetapkan mendapat tempat belajar  pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula.
  2. Mewujudkan sistem pengawalan pelaksanaan kurikulum yang berkesan mengikut ketentuan yang  telah ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui program dan aktiviti yang diatur, difahami, dihayati dan diusahakan.
  3. Memastikan setiap calon yang telah mendaftar dapat  menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan. 
  4. Membantu meningkatkan disiplin, sahsiah, kecergasan dan daya kepimpinan murid melalui program Hal Ehwal Murid, Pendidikan Pencegahan Dadah,  sukan dan permainan serta kokurikulum.
  5. Menempatkan guru-guru dan kakitangan sokongan  ke sekolah-sekolah tidak lewat dari 14 hari bekerja  setelah menerima bekalan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak  melebihi 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  7. Memproses laporan penyelesaian masalah berkenaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam tempoh 2 hari bekerja.
  8. Memastikan segala aduan disiasat dan diberi jawapan bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja.
  9. Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap, pantas dan berkesan.  
  10. Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan  kecemerlangan pendidikan.

No comments:

Post a Comment